Salam Awal Muharram. Semoga di tahun baru ini perangai saya lebih molek dan tak macam haram.
Saya sibuk menggila. EP, syarikat, dia. Ummi Ayah mungkin syak saya berniaga ganja. Hakikatnya saya memang sibuk menggila.
Sibuk menggila tapi mahu tulis juga.
Tentang apa? Cinta. Ah, biasalah – belia!
Saya pernah menduakan.
Saya pernah diduakan.
Jadi orang kedua pun saya pernah.
Saya pernah jadi pencinta yang terbaik di dunia.
Saya pernah jadi pencinta yang paling baghal; awak tak akan terbayang bagaimana.
Saya… hari ini ada dia.
Saya satu, dia satu. Tak ada lainnya.
Saya harap saya terus sedar itu dan syukur selalu. Kita manusia memang terdorong untuk berperangai sial waktu payah tanpa memikir orang yang penting. Syaitan suka meniup amarah dalam telinga kita dan benda tak elok memang kita mudah cerna.
Ternyata, yang paling dekat adalah yang paling sakit.
Banyak lagi aku kena belajar.


1fir
wrote on 18 December 2009 at 14:59
sedap anda nyanyi..
i ws here :D
2aku.rasa
wrote on 19 December 2009 at 15:11
Aminn… Moga²..
3zahirah ardy
wrote on 20 December 2009 at 4:10
ambo suko ‘title’ entry demo. gagagagag~
4suerie
wrote on 20 December 2009 at 23:16
rumusan akhir tahun ke Wani? ;)
5munIERah
wrote on 23 December 2009 at 0:58
haha
kelakar bc cmnt owg2 y mengomen