So Julie

Thursday, 3 December 2009 | Category : Omelan

Realis mengatakan – si polan yang mahu hidup berpasang atas dasar kasih, percaya, nekad, iman, dan harta secukup perlu, adalah seorang idealis. Sarat mimpi dan tidak realistik, kata sang realis.

Aku mengatakan – si polan yang mahu hidup berpasang atas dasar kerjaya gah, wang banyak, segak rupa, tubuh sempurna, dan ilmu dunia akhirat yang tiada cela, dialah seorang idealis. Sarat mimpi dan tidak realistik.

Pernah ayah menyebut,

Islam itu agama yang ringkas. Kita saja yang buat ia rumit.

Menurut Hajar, rakan seperjuangan saya pula,

Maksud KAHWIN itu bagi aku:

K – Kabul
A – Akad
H – Hak
W – Wajib
I – Ijab
N – Nasab

…jangan susahkan benda yang senang!

I rest my case.

2 Comments for “So Julie”

  1. 1ili syazwani

    sangat setuju.

  2. 2fynn jamal

    berani berdiri menongkah angin kencang?
    mari beratus sebelah sini.

    sakit.
    penat.
    pedih.

    tapi berbaloi.

Leave a comment