
- Saya tidak gemar orang yang mudah berfikiran negatif. Saya sendiri sebahagian daripada golongan ini. Saya percaya ia fenomena yang tidak sihat. Golongan seperti ini, seperti kami, tidak patut berkembang luas. Pemikiran dan perasaan negatif tidak harus diwar-warkan, kerana perkara yang tidak elok terlalu mudah berjangkit. Jadi apa saya cuba lakukan ialah, bila saya jumpa orang yang berfikiran negatif, saya cuba jadi lawannya. The opposite. Saya cuba jadi positif. Air sama air jadi bah. Angin sama angin jadi ribut. Maka saya cuba jadi positif. I would really appreciate it if once in a while, you try to be positive too. Satu orang yang berfikiran positif dihurung sepuluh orang yang berfikiran negatif – tentulah saya si manusia biasa boleh kalah.
- I would truly appreciate it too, if you try to be happy for me. You are, after all, the most important person in my life. I have dark circles under my eyes out of sleepless nights when I should be glowing by now but that’s not really the issue… just please love me (back) and be happy for me though I am nothing like you.
- Peringatan pada diri sendiri: Jangan mudah-mudah fikir hidup orang lain lebih senang dan lebih bahagia. Apatah lagi membezakan. Maha Tahu cuma Allah Ta’ala. Orang lain mungkin tidak mendedahkan neraka hidup mereka, tapi… ah. Nama pun hidup, sayang. Bukan syurga.
- Be careful with what you wish for. Pernah beberapa kali saya berdoa, “kalau saya tinggalkan solat, turunkanlah kesusahan pada saya agar saya beringat.” Dan sekarang ia memang terjadi. Sekali tertinggal solat pun ia terjadi. Memang mencabar, tapi saya tidak menyesal. Saya rasa ia doa yang paling efektif pernah saya panjatkan ke Dia. Dia kurnia saya kesusahan bermaksud Dia kisahkan saya. Saya paling perlu Dia kisahkan saya.
- Saya rakam dan jual EP terbaru, anjur bengkel, tulis buku, arah dan tayang video, kejar cita-cita ke luar negara, serta susun ‘hari penting’ saya semua dalam satu bulan ini – Disember. Datanglah ke pementasan saya. Belilah EP saya (saya jual secara by-hand; saya bawa ia bersama saya sepanjang bulan ini ke semua acara). Sertailah bengkel saya. Selagi dikehendaki, insyaallah saya ada di sini. Terima kasih.
1Zarith
wrote on 3 December 2009 at 15:39
wani,kita pun sama dengan awak yang suka fikir -ve mengenai diri sendiri.”I’m want to be +ve person”.Tu je la ayat yang sokmo-sokmo kita cakap pada diri sendiri. Tapi,bile try nak fikir +ve.mula la de orang yang cakap bukan2.buat down jer.
Tapi,pastu kita bangun balik.Kadang-kadang bile fikir balik.
fikir bende2 -ve buat kita jadi kuat. tapi, jangan la melekat 100% dalam diri nie. nanti,tak pasal-pasal..kuar masuk spital sebab sakit J (Jantung).
2suerie
wrote on 4 December 2009 at 6:05
mode +ve aura >> TURNED ON
go WANI go! :)
lets spread the good aura, yeahaaa!
3nasrah
wrote on 7 December 2009 at 12:53
nice piece!
i’d been there..alhamdulillah skang lebih positive..
syukur n sabar are the keys, i guess.
hehe..