;-*
Kau telanlah sebuku sabun,
berendamlah air sejuta bunga hingga kulitmu mengecut,
sembur sekapal minyak wangi sekalipun,
simbah kasturi agar mereka turut harum,
tetap ada yang mencari celahan busuk,
tetap mereka pilih untuk melihat pekung.
Tapi benar juga; setiap manusia berhak memilih.
Siapalah aku untuk menghalang kau dari memeluk bangkai.
Peluklah, sayang. Peluklah.


1PAP
wrote on 24 November 2009 at 4:14
kalau dah namanya manusia tetap manusia.
suka mencari sesuatu yang sia-sia.
suka mencari sesuatu yang sialan.
mungkin kena ubah nama jadi ‘manuSIAL’.
brangkali inilah manuskrip untuk manuSIA dan manuSIAL.
2arda
wrote on 24 November 2009 at 6:50
soo true. i’ve been through the same thng. Dah puas cakap, puas nasihat. Mungkin manusia jenis itu memang suka dengan benda busuk. xmakan saman. but wani, seriously i like this entry..
3ff
wrote on 24 November 2009 at 8:24
Sebab itu, ada pepatah berbunyi~ buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kerana, biar mulia mana yang kita laku hari ini, hina semalam juga yang nampak di mata mereka, yang segar di ingatan mereka…
-tetapi tidak Dia. ;)
4nabila
wrote on 24 November 2009 at 10:13
wuhuu…
:)
5tuskysama
wrote on 30 November 2009 at 0:47
sayangnya itu norma kita..
sayangnya ramai begitu
sayangnya,
kita yang xsempurna ini yang jd mangsa