Peragut, patutnya
Peragut, patutnya… kalau awak perlu benar wang, awak tanyalah saya dulu, berapa saya ada. Sebab duit dalam dompet saya tadi kurang sepuluh ringgit. Kan dah buang masa, tenaga, dan minyak motor awak. Kasihan kawan awak yang ikut sama.
Peragut, patutnya… kalau awak suka beri kejutan, awak berilah pada kekasih awak. Janganlah beri pada saya. Saya kalau dah terkejut, bukannya saya lepaskan beg. Saya otomatis pegang lagi kuat, adalah. Kan dah payah awak nak ambil.
Peragut, patutnya… kalau awak berkenan dengan beg kegemaran saya ini, mintalah elok-elok. Janganlah rentap sampai saya terpelanting dan terseret. Kan dah putus talinya. Sudahnya awak tak dapat beg saya, dan saya pun tak dapat gunakan ia lagi. Kan kita dah sama-sama rugi.
Peragut, patutnya… kalau awak nak kacau saya, janganlah kacau waktu saya baru pulang dari majlis pengebumian. Patutnya arwah pakcik yang jadi watak utama malam ini. Bukan saya. Kan segan saya tak fasal-fasal terselit dalam drama. Kurang sesuailah pemilihan masa awak.
Peragut, patutnya… kalau awak nak buat badan saya luka-luka, calar-calar, lebam-lebam, janganlah sehari sebelum hari penting saya. Esok saya ada pembentangan pada presiden kolej. Kan dah susah saya nak siapkan bahan dalam keadaan begini.
Haih. Tak apalah. Ini rencah.


1kamaliah kasmaruddin
wrote on 27 April 2009 at 17:20
cik w.a.
sy simpati.
gud luck for tomorrow.
there’s something “rainbowish” for u tomorrow.
if He’s willing. :)
2ochs widdle
wrote on 27 April 2009 at 17:37
syukur kamu tidak di apa-apakan..
syukur kerana kamu masih dipanjang nyawa.
saya kagum dengan kamu.
kecil-kecil cili padi.
btw..
gudluck!
3azi
wrote on 27 April 2009 at 18:58
kena ragut? kak wani ok??
hish cm seram lak dengar kena ragut2 ni >_<
4akugumbira
wrote on 27 April 2009 at 19:25
huhhhhhhhhh.. xtahu nk ckp paa.. aneway.. smoga berjaya ekk.. cik w.a. jga diri leklok..
5elmi
wrote on 27 April 2009 at 20:34
kak wani kena ragut?
aishhh. lain kali jaga diri baik baik.
(:
6capullet360
wrote on 27 April 2009 at 22:51
huh?
tumpang simpati…
sabar ye.
7Niza Crazee
wrote on 28 April 2009 at 2:40
kesian kak wani…
teguh kan hati k?
8popeye
wrote on 28 April 2009 at 6:01
sabar la kak oi.
peragot mabok agaknye.
(macam kat ipoh tu)
asal nyawa akak selamat cukop.
itu paling penting utk kami2. ceeewahh.
9alan
wrote on 28 April 2009 at 6:37
pecayalah dan yakinlah.disebalik bala ada nikmat dan sebalik nikmat ada bala.aku yakin,kamu akan perolehi nikmat melalui presentation kamu.gud luck.
10hafiz
wrote on 28 April 2009 at 7:49
salam.
kene ragut?
uish. harap2 nye tak teruk.
sabar jela. biasa la. dunia sekarang.
bertuhankan duit.
11ryn
wrote on 28 April 2009 at 11:58
I feel like i should say the same things as the rest are saying here. But you know me la kan? and i’ve already expressed my feelings to you about this Peragut fella.
Peragut TADI patutnya diragut oleh Pihak polis.
Sorry la wani. maybe its my fault. my tempias dilanggar motosikal kena kamu.
Hope your doin ok. :)
12dianne
wrote on 29 April 2009 at 1:45
*hugs* hope ur okay now?
13WRD
wrote on 29 April 2009 at 7:29
Saya OK. Cuma jalan menyenget dan tak boleh gelak kuat sangat. Sakit tulang rusuk. Hihihi. Oh, saya dapat ruang letak kereta OKU! :D
14nabila
wrote on 29 April 2009 at 13:36
why..why..why??
mcm2 berlaku kat kak wani
get well soon yaa!!
OKU??
kah2..kak wani leh join org special need laa