Adik Sayang
I have nothing against people who drink.
I have many friends who drink, and that’s totally fine.
Kubur masing-masing, dan masing-masing pun dah besar.
Janji saya tak menggalak dan awak menghormat, itu sudah bagus. We’re good.
Cuma sangatlah lucu dan kasihan bila gambar utama Facebook/MySpace/Friendster awak semata-mata memegang segelas/sebotol/setin arak. Macam- alahai, sedihnya kau, dik. Jakun dunia ya? Perlu benar canang ke semua bila Tuhan dah tolong tutup pekung awak.
Tapi tak apalah. Orang yang tengok tak akan cedera. Hanya tersedak gelak.
Yang paling buruk perangai sebenarnya, bila awak datang ke gig yang berlangsung tengahari buta ke petang dalam keadaan mabuk, menari dan terkinja yang tidak-tidak di depan pentas. Bila audiens lain mahu menikmati muzik, awak pula merosak majlis.
Tak manislah, dik. Tak manis amat-amat.


1Alif Iskandar
wrote on 26 April 2009 at 2:49
nak nampak cool kononnye…
2alantor
wrote on 26 April 2009 at 4:21
PERBEDAAN ANTARA MENGENAL @ DIKENAL
pertama aku ingin suarakan tahniah atas performasi kmu semalam.walaupun aku sibuk menangkap photo,telinga ini masih enak mendengar alunan dari hasil2 karya kamu.(mungkin kmu boleh pamerkan didalam youtube karya kmu bentangkan semalam untuk tatapan aku).aku cuba nyatakan diatas erti mengenal persamaan antara adik2,anak2 melayu yang berugama islam.mereka bermegah dengan apa yang dibuat tanpa tahu apa yang tersirat.asal perbuatan itu dari mana?adakah berkaitkan dengan ugama2 lain.cuma mereka tau membuat dan aku gelarkan adalah BUDAYA IKUT-IKUTAN.mungkin merekan dikatakan baru mengenal.aku pun hampir tidak sedar akan muntah yang terhasil diatas lantai akibat minuman yang kmu nyatakan dan aku terus nyatakan didetik ati aku ni adalah akibat arak.aku juga berasal dari persekitaran yang tidak sihat.sebut saja apa budaya songsang yang saban hari aku lihat bersama teman2 aku.semuanya ada dari kecik hingga besar kesalahan dimataNYA.tetapi itu semua proses mengenal dan bila sudah dikenal maka kita tahu akan perbedaannya.tidak semua yang hadir untuk menikmati dan menghargai karya yang dipersembahkan untuk mengcungkil maksud yang hendak disampaikan.
3WRD
wrote on 26 April 2009 at 4:46
Terima kasih menonton semalam. Tulisan saya ini bukan isu bila-saya-berpentas-awak-mesti-suka/faham-karya-saya. (Jangan jadi karyawan kalau matlamatnya mahu penghargaan dan pujian. Kami datang sekadar nak muntah rasa hati- cukup puas.) Isu saya ringkas: Hormat majlis orang. Memang di tiap acara, tiap audien datang dengan tujuan berbeza. Itu tentu. Tapi walaupun semua audiens berlainan ideologi dan semua karyawan berlainan genre, semua patut ada satu sikap yang sama: Hormat.
Soal agama dan budaya belum layak saya bahaskan. Kita berbalik pada yang asas saja: Budi bahasa. ;)
4alanthor
wrote on 26 April 2009 at 5:47
Sama-sama.mudah-mudahan tidak terjadi perkara ini sebegini rupa.saya setuju dgn pendapat kmu,yang datang semuanya berlainan dari segi persepsi masing2.masing2 akan dapat apa yang dihajati melalui pandangan dari sudut masing2.rasa hormat akan terbit akan menjelmakan budi bahasa yang bersinar.teruskan karya anda bersama teman2 kmu dan saya sentiasa menyokong kalian
5sHeqa
wrote on 26 April 2009 at 6:45
harapan agar akan datang tak jadi teruk dari sekarang…
tp sekarang pun dah cukup teruk..
dulu paling teruk pun pg gig ialah merokok,
sekarang paling teruk pun isap dadah.
6Ayyman R
wrote on 26 April 2009 at 7:13
Ini bodoh namanya. Gilakan nak nampak cool semua!
7bobo
wrote on 26 April 2009 at 7:44
tergelak besar dimasa acara tarian mabuk itu berlangsung..
bulu roma berdiri melihat persembahan korg
wuhuu!
8psychowar
wrote on 26 April 2009 at 9:15
Mereka tidak mengenal apa itu hormat.Hanya mahu memuaskan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain.Memesongkan diri sendiri tanpa menyedari apa yang telah dilakukan.
9aina lalala
wrote on 26 April 2009 at 11:13
mereke ingat kool kah macam tuh
shit. macam sial!!
10Alif Iskandar
wrote on 26 April 2009 at 11:48
konon nye bule jadi center of attraction.
sesetangah orang dibesarkan tanpa mengenal erti etiquette dan courtesy. orang buat show kat depan, dier pun nak buat show kat belakang.
11shairah
wrote on 26 April 2009 at 12:38
antara kesian dan geram.
kesian sebab mungkin mereka tak bernasib baik seperti orang lain yang mendapat bimbingan.
geram sebab Allah dah siap sedia kurniakan akal, cuma tinggal nak guna saja.
wallahualam.
12Alif Iskandar
wrote on 26 April 2009 at 15:43
bukan diorang tak guna, tapi bukan norm dorang untuk “behave”.
pada dorang
“aku bayar, lantak aku la…”
13ochs widdle
wrote on 27 April 2009 at 17:35
akhir zaman.
dan inilah hakikatnya.ia makin nyata.
dan banyak kebenaran dari sebuah kitab yang kononnya kuno.
14vivi
wrote on 1 May 2009 at 5:29
diorang bajet hot
dem!